Sabtu, 5 Mac 2011

tokoh falsafah islam


IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH
RIWAYAT HIDUP
            Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun hijrah bersaman dengan tahun 1058 masihi di bandar Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Gazali At-Tusi. Beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah. Selain itu, beliau juga digelar “Abu Hamad” kerana salah seorang anaknya bernama Hamad. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah islam yang terkemuka  yang banyak memberi sumbangan ke arah perkembangan tamadun manusia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di Madrasah Nizamiah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-ghazali meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilahkir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
SIFAT PERIBADI
            Menurut buku “Ulang Kaji Total : PENDIDIKAN ISLAM (versi rumi) Tingkatan 4 & 5” menyatakan Imam Al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujah sehingga digelar “Hujjatul Islam”. Beliau berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan sangat mencintakan ilmu. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi mencari ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil karyanya yang bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci keada sifat riak, megah, sombong, takbur dan sifat mazmumah yang lain. Beliau juga seorang yang kuat beribadat, warak, zuhud, tidak gemar kepada kemewahan dan mencari sesuatu untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. . Beliau juga mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya fikah, usul fiqh, dan siasah syar’iyah. Oleh hal yang demikian, beliay digelar “fakih”.
            Apa yang boleh saya ulaskan disini, sifat semula jadi dan penerapan ketaatan kepada Allah yang terdapat di dalam diri Imam Al-Ghazali inilah yang membentuk sifat mahmudah yang dicintai Allah.
PENDIDIKAN
            Pada peringkat awalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, ilmu mantik, usul fiqh dan falsafah sertra menyelidik segala pendapat empat mazhab sehingga mahir dalam bidang yang dibicarakan oleh pendapat daripada mazhab-mazhab tersebut. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Ar-Razkani dalam bidang ilmu fikah dan beliau juga berguru dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jarjan dan Imam Harmain di Naisabur. Oleh sebab Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dialntik menjadi guru di Madrasah Nizamiah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor di sana.
            Beliau mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama di sana bagi mendalami ilmu pengetahuan. Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran umat Islam dalam semua masalah. Dikatakan bahawa beliau mampu menghafaz Al-Quran dalam usia yang muda dan mampu menguasai hadis, mantik, usuluddin, tasawud dan falsafah.
SUMBANGAN
            Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa untuk mendapat keahadiaan hidup di dunia dan di ahkhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T. beliau merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat agung kepada Nizam Al-Mulk, Perdana Menteri Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Beliau juga mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah di Baghdad dengan menolak fahaman ahli falsafah. Segala hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi, Syeikh Al-Asyraf dan Ibnu Rudsyd.
            Kebanyakan hasil karya beliau berbentuk falsafah dan seterusnya ahli falsafah Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah dan beliau digelar filsuf (pelopor kepada golongan sufi). Hasilnya karya beliau merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk fizik, metafizik dan sebagainya. Beliau adalah antara ulama yang berjuang  untuk membina tamadun Islam yang dinamik kerana hasil pemikirannya melalui penulisan telah banyak mempengaruhi umat Islam sehingga kini. kitab-kitab hasil karya beliau banyak diterjemahkan ke dalam bahasa asing oleh pengkaji barat. Di antara hasil beliau ialah Mizanul-Amal, Al-Munkaz Minal Dhalal, Minhajul-Abidin, Tahafutul-Falsafah, Hidayatus-Salikin, Jawahir Al-Quran, Maqasidul-Falsafah, Al-Mustazhar dan Al-Wajiz.
            Oleh yang demikian, Imam Al-Ghazali seorang yang dikagumi oleh negara barat di mana beliau menolak pandangan ahli falsafah pada ketika itu dan konsep falsafah beliau lebih berteraskan kepada ketaatan kepada Allah.
IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA
RIWAYAT HIDUP
            Nama sebenar beliau ialah Alhusain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 375 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkisan. Bapanya ialah penguasa Kharmarthain, Bukhara. Seleas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 1000 Masihi Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Raid dan Hamazan.

SIFAT PERIBADI
            Ibnu Sina merupakan seseorang yang tekun dalam mempelajari ilmu, beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina seorang yang taat beragama dan serign berdoa kepada Allah S.W.T. terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk kepada Allah. Seorang yang pintar kerana menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia lapan belas tahun. Selain itu beliau seorang yang berinovatif kerana banyak melakukan penyelidikan dan ennghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang perubatan.
PENDIDIKAN
            Ibnu Sina mula mempelajari Al-quran semenjak berusia lima tahun dan mula menghafaz ketika berumur sepuluh tahun. Beliau juga mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip gwometri daripada Muhammad Al-Massah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al-Natali serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada al-Biruni. Semasa berusia enam belas tahun, beliau telah mengusai ilmu perubatan. Berkat kesungguhannya yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
            Penemuan demi penemuan yang dibuat diklasifikasikan kepada penemuan penyakit baru serta puncanya, penemuan dalam bidang farmasi dan membangunkan teknologi perubatan.
            Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh Bin Mansur, pengusasa Jurjan Al-Amir Syams Ma’ali Qabus bin Wasyamkir, penguasa Hamazan Al-Amir Syamsir Al-Daulah dan enguasa Asfahan Al-Amir Ala Al-Daulah. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalm bidang perubatan contohnya Al-Qanun Fit Tib (atau dikenali di Barat Canon Of Medicine), Al-Adawiah Al-Qalbiah dan Al-Alfiah At-Tabbiah.

SUMBANGAN DALAM ILMU DAN PEMIKIRAN
Ibnu sina menghasilkan 166 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah ,mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. Buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriential Studies di Kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebgai Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasanya dihargai hingga ke hari ini. sebuah Universiti pendidikan di Hungry telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).
KESAN
            Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. beliau melakukan metode pemerhatian dan analisis, berdasarkan metode ini , ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak dipengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah perubatan baru menggunakan peralatan canggih, contohnya organ dalam manusia boleh dilihat hanya dengan menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu, sesuatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.
IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG
RIWAYAT HIDUP
            Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Beliau lebih dikenal sebagai Ibnu Khaldun dan dilahirkan di Runisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi. Keluarganya berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Bapa beliau seorang sarjana terkenal. Sejak  tahun 749 Hijrah Tunisia dilanda wabak taun, Ibnu Khaldun sekeluarga berpindah  ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Harnada, Bougie dan Mesir. Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir ada tahun 808 Hijrah bersamaan dengan tahun 1460 Masihi ketika berusia 87 tahun.
SIFAT KEPERIBADIAN
            Ibnu Khaldun  seorang yang tekun dalam menuntut ilmu, walaupun sibuk dengan tugas pentadbiran.  Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti Ketua Hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya megemukakan idea untuk kemajuan negara. Seorang yang kreatif. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-sarjana Timur dan Barat hingga ke hari ini.
PENDIDIKAN
            Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau). Muhammad bin Muhaimin Al-Hadrani, Muhammad bin Saad bin Barral Al-Ansari, Muhammad bin Al-Syawasyi Al-Zarzali dan ramai lagi. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu fardu kifayah dan semasa di Fez beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang gurur yagn terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang Kitab Tarikh Gharnatah (Sejarawan Granada dan Muhammad bin Abdul Salam.
IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG
            Ibnu Khaldun sebagai Sejarawan. Beliau menganalisis sesuatau tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Ideanya begitu menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktirafkan beliau sebagi tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi.
            Ibnu Khaldun sebagai Negarawan. Beliau seorang yang banyak berjasa dan pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, Anggota Majlis Ilmiah, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, di Maghribi, Duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie, Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir.
            Ibnu Khaldun sebagai Budayawan. Beliau merupakan seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraan dengan syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
            Ibnu Khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. Beliau berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dna pendidikan dalam karyanya. Beliau telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi di antara keunggulan rohani dan jasmani. Beliau juga merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
            Kejayaan Ibnu Khaldun mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang tersebut. Sanjugan terhadap beliau hingga ke hari ini kerana pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel-bengkel dan persidangan ilmiah, serta judul buku dan tesis di peringkat tertinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Beliau diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.


KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
            Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran mematangkan pemikiran dan pengalaman beliau. Hasil kombinasi pengalaman dan ilmu pengetahuan dan kreativiti, beliau menghasilkan karya yang bermutu seperti kitab Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. Selain itu, Al-Takrif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhi Gharban Wa Syarqan.
Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berpengaruh kepada pemikiran manusia. Beliau juga berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatic kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Beliau juga  menggariskan 4 perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelititan dan analisis laporan sejarah iaitu membandingkan antara peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab, mengkaji perisiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku, mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku dan mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
 segala kekurangan dalam ini sila tegur :) 

1 ulasan:

  1. ini kerja kursus aku tapi tetiba kena suruh buat lain...aku post je kat sini trus...kana buat semula dari mulalah gini nih..aduiiiiiii...tajuk lain dah...

    BalasPadam