Rabu, 1 Disember 2010

CONTOH KERTAS KERJA KONSEVASI ALAM SEKITAR PENDIDIKAN JASMANI 1

KERTAS KERJA
PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH
“PROGRAM KONSERVASI ALAM SEKITAR”
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU LIAWAN.
1.0 PENDAHULUAN

Pelaksanaan Program konservasi alam sekitar  ini adalah wadah dalam proses melaksanakan dan memantapkan sesuatu pembelajaran yang menjadi kelaziman bagi mana-mana sekolah di Malaysia.  Tindakan ini dilihat sebagai satu cara bagi mewujudkan pendidikan yang boleh dijalankan di luar dari bilik darjah. Program yang dijalankan oleh kelab rekreasi ini dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjadi satu proses penting dalam fasa penyediaan kepada para peserta bagi memiliki ciri-ciri  ilmu pengetahuan yang sangat berguna kelak.  Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta bukan sahaja memperoleh input-input berguna semasa kursus tersebut, malahan dapat menonjolkan sifat-sifat yang sedia ada dalam diri mereka, kekuatan jasmani, emosi, intelek dan sosial. Pembabitan mereka di dalam aktiviti ini kan membina jati diri dan ketahanan mental di samping memupuk semangat setia kawan.

2.0 RASIONAL KURSUS

Rasional program pendidikan luar bilik darjah ini dijalankan bagi memantapkan lagi motivasi dikalangan peserta yang sedia ada dalam diri mereka agar lebih menghargai alam kita. Oleh itu, program pendidikan ini diadakan sebagai memberikan input-input berkenaan kesihatan tubuh badan, semangat berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi, kawalan emosi yang baik , kepekaan terhadap alam sekitar dan nilai-nilai murni yang tinggi.


3.0 OBJEKTIF KURSUS

Objektif pendidikan luar bilik darjah ini dijalankan adalah untuk :
                      I.        Memupuk semangat kerjasama dan bersatupadu dalam kalangan para peserta.
                    II.        Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta.
                   III.        Mendidik peserta agar menghargai alam sekitar dan mengetahui kepentingannya.
                  IV.        Memberi peluang kepada peserta untuk memberikan kebebasan berfikir dan mengeluarkan idea yang proaktif dan holistik.
                   V.        Memahami akan keperluan pendidikan konservasi dalam sukan rekriasi.
                  VI.        Menjadi aktiviti sukan rekreasi sebagai aktiviti kokurikulum sekolah.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

             Tarikh            : 07 - 10 Oktober 2010
            Tempat           : Kem Pantai Dantai, KG. Lok Nunuk, Kota Belud, Sabah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 40 orang peserta dari Sekolah Rendah S.R.K Lok Yuk Kudat, Sabah.  Bagi keterangan lanjut berhubung nama peserta dan kelas boleh dirujuk melalui Lampiran 1.



                6.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK / PENGURUSAN
PENAUNG
En. Roslee Idris
( Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Sabah )
PENASIHAT
En. Mohd Naim Bin Azhar
 ( Guru Besar S.R.K Lok Yuk Kudat )
PENGERUSI
Pn. Elisha Paul
( Penolong Kanan Kokurikulum S.R.K Lok Yuk Kudat )
TIMBALAN PENGERUSI
En. Golis Timpah 
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,  S.R.K Lok Yuk Kudat)
Pn. Hasrineh Lokman
( Penolong Kanan 1,  S.R.K lok Yuk Kudat )
KETUA FASILITATOR
En. Hafizuddin Bin Hassan
BENDAHARI
Pn. Suraya Abdul Kasseh
                                               

JAWATANKUASA PELAKSANA
PENGERUSI
Victor george
NAIB PENGERUSI
Muhammad Zaim Bin Azhar
SETIAUSAHA
Abdul Qarim Bin Mohamed
BENDAHARI
Mohd. Amirul Idhwan Bin Azaman
KEM KOMANDAN
Mohd. Khairuddin Bin Kholid











AHLI JAWATANKUASA
PENGANGKUTAN
Mohd. Firdaus Abdul Rahani ( K )
Mohd. Zakwan Bin Zaimani
AJK MAKANAN & MINUMAN
Abdullah Syafiq Bin Ariffin ( K )
Ozlyn Severinus
AJK KEROHANIAN
Muhammad Muhaimin Bin Saif Ali ( K )
Jenifer Johanes
AJK HADIAH & SIJIL
Nurnadiah Binti Yusof ( K )
Waslle Bin Loard
AJK KESELAMATAN
Ahmad Mazlan Bin Maldam ( K )
Mohd. Nazrin Sulaiman
AJK KEBERSIHAN
Farhan Bin Sayuati ( K )
Mohd Khalid Bin Harun


AJK KEBAJIKAN
Mohd Zulhilmi B. Mat Rahim ( K )
Siti Nadzhirah Che Fikri
AJK AKTIVITI & SENAMAN
Mohd. Hafiz Bin Ibrahim ( K )
Lawrencia Lajius
AJK PERSEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
Rickson Jadi ( K )
Mohd. Solehan Bin Sediq
AJK PERALATAN
Syukry Asbi ( K )
Mixwilley Vincent







PERHATIAN SEMUA :
1. Semua penasihat/jrulatih hendaklah berpakaian sesuai sepanjang perkhemahan.
2. Tidak dibenarkan jurulatih/fasilitator meninggalkan tapak tanpa kebenaran.
3. Penasihat/ jurulatih harus bersedia bergilir tugas dengan jurulatih yang lain bila mana diperlukan.

            7.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA & AHLI
                  JAWATANKUASA.
7.1 Senarai Tugas JawatanKuasa Pelaksana
PENGERUSI
-       Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program ini.
-       Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program.
NAIB PENGERUSI
-       Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini.
-       Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
SETIAUSAHA         
-       Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.
-       Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program.
-       Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat.
-       Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.

NAIB SETIAUSAHA           
-       Membantu segala urusan kerja Setiausaha.
-       Mengambil alih tugas setiusaha, ketika setiausaha tidak hadir dalam mesyuarat yang dijalankan.
BENDAHARI           
-       Memegang amanah untuk mengutip bayaran peserta.
-       Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program.
KEM KOMANDAN
-       Menguruskan kesemua perjalanan aktiviti semasa perjalanan program.
-       Menjadi rujukan bagi sebarang kesalahan disiplin yang dilakukan oleh peserta.
-       Membuat keputusan tentang sebarang aktiviti program.
7.2 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa
AJK PENGANGKUTAN
-      Mengurus perihal pengangkutan bagi tujuan perjalanan  pergi     ke destinasi dan balik ke sekolah.
-     Mengurus pengangkutan bagi mengangkut murid seramai 40 orang dan peralatan – peralatan perkhemahan.

AJK MAKANAN & MINUMAN
-     Membeli barangan serta bahan – bahan masakan sebelum perkhemahan bermula.
-     Menyediakan makanan dan minuman sepanjang sesi program perkhemahan, mengikut menu yang telah disediakan.
AJK KEROHANIAN
-     Menyediakan jadual kepada yang bertanggungjawab mengetuai solat.
-     Memantau kehadiran murid dalam aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan.

AJK HADIAH & SIJIL
-     Menguruskan sijil – sijil untuk semua semua peserta.
-     Hamper untuk setiap pemenang aktiviti yang telah dirancang.
-     Menyediakan Cenderahati kepada VIP yang dijemput untuk majlis perasmian penutupan program perkhemahan.
AJK KESELAMATAN
-     Memantau keadaan persekitaran sebelum aktiviti.
-     Memastikan kawalan keselamatan peserta dalam semasa program berjalan.


AJK KEBERSIHAN
-     Memastikan kebersihan keadaan kebersihan lokasi perkhemahan semasa dan selepas perkhemahan berlangsung.
-     Menyediakan jadual bagi tugas – tugas membersihkan kawasan perkhemahan tertentu.
AJK KEBAJIKAN
-     Mengurus hal – hal berkaitan penyediaan pakaian bagi peserta  dan Ahli Jawatan Kuasa perkhemahan.
-     Mencari dana kewangan daripada sumber – sumber tertentu bagi membiayai keperluan perkhemahan.
AJK AKTIVITI DAN SENAMAN
-     Bertanggungjawab dalam menjalankan dan memastikan  aktiviti riadah pada waktu  pagi dan petang.
-     Menyediakan jadual giliran kepada peserta untuk mengetuai aktiviti senaman.
-     Merancang aktiviti yang sesuai pada waktu riadah.
AJK PERSEDIAAN TAPAK PERKHEMAHAN
-     Memantau lokasi perkhemahan sebelum perkhemahan berlangsung.
-     Memastikan keadaan keselamatan terjamin bagi tujuan kelicinan program perkhemahan yang akan dijalankan.
AJK PERALATAN
-     Menguruskan persediaan peralatan bagi tujuan kegunaan program perkhemahan.
-     Memastikan peralatan adalah cukup semasa di keluarkan dari stor pusat dan semasa mengembalikan barangan tersebut.

























8.0 GURU PENGIRING
·         Seramai 5 orang guru akan terlibat sebagai guru pengiring sepanjang program ini diadakan.(rujuk Lampiran 2)
          9.0 PERALATAN
  • (Sila rujuk lampiran 3).
10.0 PENGANGKUTAN
·         Bas pengangkutan Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk Kudat, Sabah (untuk membawa para peserta).
Nama pemandu : En. Aznil Haji Nawawi
·         Lori pengangkutan alatan (untuk membawa alatan yang diperlukan)
Nama Pemandu : En. Halim Osman
11.0 MENU/MAKANAN
·         (Sila rujuk lampiran 4).

















12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
Perkara
Jumlah
Jumlah Keseluruhan

1






2







3

4

MAKANAN
Makanan Murid
RM 20 x 4 hari x 40 orang
Makanan Guru Pengiring
RM 30 X 4 hari x 5 orang
JUMLAH

TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN JURULATIH/PENGIRING
Elaun Kilometer
RM 0.70 X 80 km X 5 Orang
Elaun lojing
RM 60 X 4 hari X 5 Orang
Jumlah

SEWAAN TAPAK
RM 7.00 x 4 Hari  x 40 Orang
HADIAH DAN CENDERAMATA
Hamper X 11 Unit X RM 80.00
Pendant X 4 Unit
Sijil Penyertaan X 45 Unit
Pelekat Sijil X 45 Unit

JUMLAH KESELURUHAN



RM 3200.00

RM  600.00





RM 280

RM 1200.00









RM 3800.00







RM 1480.00


RM 1120.00

RM 880.00



__________
RM 7280.00

13.0 TENTATIF PROGRAM
·         (Sila rujuk lampiran 5)

           14.0 PENUTUP

Selaras dengan objektif Program Konservasi Alam Sekitar ini diadakan, seharusnya aktiviti-aktiviti yang dirangka akan mampu memberikan input yang baik terhadap semua peserta kursus ini.  Malah melalui kursus ini, para peserta boleh menjadikannya sebagai satu pengalaman berharga yang sangat berguna ke arah mencapai generasi pemimpin yang mampu mengubah kehidupan alam kita agar tidak pupus ditelan zaman dan mampu mengekalkan kehidupan flora dan fauna yang bukan sahaja untuk ditatap tetapi juga mampu dirasai oleh generasi yang mendatang.
Akhir sekali, pelaksanaan kursus  selama 4 hari ini diharap mampu dijadikan sebagai satu titik permulaan kepada semua para peserta yang bakal menerajui keindahan alam ini nanti dengan melaksanakan tangungjawab yang diberikan kepada kita sebagai pewaris mahkota alam sekitar.









DISEDIAKAN OLEH :        

.......................................................
( ABDUL QARIM BIN MOHAMED  )
Setiausaha Program perkhemahan
 Pendidikan Luar Bilik Darjah
TARIKH         : ................................



DISEMAK OLEH:



…………………………....
(   VICTOR GEORGE    )
 Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
 Program Perkhemahan Luar Bilik Darjah

TARIKH        :.....................................


DISAHKAN OLEH :


............................................
 (  PN. ELISHA PAUL  )
 Penolong Kanan Ko – Kurikulum
 S.R.K Lok Yuk Kudat,
 Sabah.     

TARIKH         : ..............................



DILULUSKAN  OLEH :     


.............................................
( MOHD. NAIM BIN AZHAR  )
Guru Besar,
S.R.K Lok Yuk Kudat,
Sabah.

TARIKH         : .............................
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan