Rabu, 1 Disember 2010

KOMPENTENSI KECERDASAN EMOSI


A)   KONSEP DAN KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI
Pengaruh emosi amat besar dalam di dalam hidup kita secara bersosial dan mewarnai hidup kita dengan emosi yang meliputi pelbagai perasaan seperti sayang, gembira, perasaan cinta, malu, sedih, kecewa, bimbang dan sebagainya. Usaha untuk hidup juga adalah dipengaruhi oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku manusia. Kecerdasan emosi adalah dikaitkan dengan kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam persekitaran sosial.
Mayer dan Salovey (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai satu bentuk kebolehan memantau dan meregulasikan emosi diri dan emosi orang lain, dapat membezakan antara keduanya dan boleh menguruskan maklumat itu untuk mengarah pemikiran dan tindakannya.
Kesimpulanya, kecerdasan emosi ialah kebolehan membezakan emosi diri dengan orang lain, kebolehan mengawal emosi diri sendiri dan menyelaraskan dengan orang lain, kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk mengarah fikiran.
Kecerdasan emosi sangat penting dan berguna untuk memahami bagaimana setiap kemahiran ini berperanan dalam sesuatu bidang pekerjaan dan sebagai keupayaan dan mengenalpasti emosi diri orang lain untuk memotivasikan diri dan mengurus emosi dalam perhubungan berkesan.
Sebagai bakal seorang guru kita seharusnya memiliki karakter dan profesional dalam mengajarkan pelajar pelajar di sekolah.
“Guru yang berkarakter adalah guru yang cerdas, mandiri serta berwawasan luas
(Usman, 2006).
Seorang guru yang berkarakter bererti dirinya juga telah memiliki kompetensi dan profesional. Oleh itu, guru mesti menguasai bahan pelajaran yang akan diajarkan kepada anak didiknya.
Terdapat juga kepentingan kecerdasan emosi yang merangkumi 5 bidang iaitu memahami emosi diri sendiri, mengurus emosi, memanfaatkan emosi, empati dan menguruskan hubungan.
Kepentingan memahami emosi diri sendiri akan membolehkan untuk memahami faktor pembangkitan perasaan dan mengenalpasti di antara tindakan rasional dengan perasaan. Pengurusan emosi akan menoleransikan tindakan ammarah, mampu mengawal masalah disiplin bilik darjah, dan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan yakni tanggungjawab seorang guru. Di dalam pemanfaatan emosi, mampu mengawal diri secara lebih berkesan dengan tindakan yang rasional dan berupaya menumpukan perhatian dengan teliti terhadap tugasan. Kepentingan empati, keupayaan menerima perasaan orang lain dengan menimbulkan perasaan sensitif terhadap perasaan orang lain dan sedia menerima komen dengan terbuka. Kepentingan kecerdasan terhadap hubungan membolehkan daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang bertambah, mampu menyelesaikan konflik dan perselisihan, serta mengeratkan lagi interaksi secara lebih demokratik dengan orang lain.
B)   PERBANDINGAN KECERDASAN INTELEK DAN KECERDASAN EMOSI.
            Kecerdasan emosi merupakan keupayaan yang diwarisi dan dipengaruhi oleh budaya manusia. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dan boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan itu sendiri. Ianya bukanlah statik tetapi boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kesesuaiannya pada intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial selain daripada berkaitan rapat dengan kemahiran belajar.
            Kecerdasan intelek merupakan keupayaan yang diwarisi tetapi tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang tertertu dan tidak berbeza. Selain itu, Ianya boleh diukur berdasarkan darjah kecerdasan. Kecerdasan intelek adalah tetap dan tidak boleh ditingkatkan melalui pembelajaran tetapi ianya sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta. Kecerdasan intelek lebih berkaitan dengan kemahiran berfikir.


C)   CARA MENINGKATKAN ECI
Terdapat lima aspek utama dalam meningkatkan kecerdasan emosi iaitu kesedaran terhadap diri (Self-awareness), keupayaan mengurus emosi diri (Self-regulation), motivasi (Motivation), empati (Empathy) dan kemahiran sosial (Social skills). Kesedaran terhadap diri iaitu kebolehan mengawal perasaan dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini dapat membantu dalam membuat keputusan yang sama dengan oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkah laku manusia. Kecerdasan emosi lebih kepada kemampuan mengawal emosi terutamanya dalam persekitaran sosial. pegangan atau nilai dirinya dan secara tidak langsung membolehkan seseorang itu membuat penilaian yang realistik. Biasanya, mereka akan sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila menerima maklum balas daripada orang lain dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman yang dilalui serta menimbulkan keyakinan agar datang dengan penuh kepastian hasil daripada keupayaan terhadap kepercayaan diri sendiri iaitu kebolehan, nilai dan matlamat diri.
Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Ianya membantu kita untuk berinisiatif dan berusaha untuk memajukan diri dan tabah dalam menghadapi kedukaan dan kekecewaan. Oleh itu, penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa akan lahir dari tahap motivasi yang tinggi.
Empati seseorang itu dengan mengenali dan memahami emosi orang lain dan boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka. Orang lain jarang mengekspresiasikan emosi mereka secara terus melainkan dengan isyarat emosi muka dan nada suara. Melalui pengesanan perubahan ekspresi orang lain ini akan meningkatkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka menguruskan situasi ini dan seterusnya menguatkan lagi hubungan dengan individu lain.
Kemahiran sosial melibatkan kebolehan mengurus emosi orang lain dalam perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Melalui kemahiran memujuk, berunding dan menyelesaikan pebalahan dengan individu lain supaya kesefahaman. Dengan adanya kemahiran ini, mereka akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya dan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
D)   IMPLIKASI KECERDASAN EMOSI DALAM MENANGANI ISU KEHIDUPAN SOSIAL KHUSUSNYA DALAM PERSAINGAN GLOBAL DEWASA INI
Kecerdasan emosi juga penting dalam menangani isu kehidupan sosial khususnya dalam persaingan global dewasa ini. keupayaan dalam mengenal emosi, mengurus emosi, memotivasikan diri, mahir berhubung  di antara komponen yang penting dalam kehidupan kita khususnya di sini kepada guru pelatih kerana memerlukan kemahiran dalam mengawal emosi kepada anak muridnya yang bermacam ragam dan menghadapi cabaran dalam kehidupan bermasyarakat.
Dengan mengenali emosi sendiri maka dapatlah seseorang itu membuat tafsiran kendiri yang tepat serta meningkatkan keyakinan diri. Sebagai contoh, anda yang tengah menunggu untuk mengeluarkan duit di bank. Setelah lama menunggu di dalam keadaan yang panas dan dalam barisan yang panjang, anda merasa ingin marah kerana mereka lambat untuk mengeluarkan duit. Dalam hal ini, kita harus reflek diri sendiri dan mengesan mengapa harus bertindak sedemikian dengan memikirkan apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang jika anda melakukan sedemikian. Oleh itu, mengenali emosi sendiri maka anda dapat mengelakkan satu masalah yang tidak diingini.
Pengurusan kendiri juga dapat menguruskan emosi yang destruktif. Induvidu yang memiliki kompetensi ini biasanya mampu menguruskan perasaan dan emosi negatif dengan baik, tenang dan positif semasa tertekan dan mampu berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan. Dengan mengamalkan sikap amanah, maka pengekalan piawaian kejujuran dan integriti dapat diserapkan kepada diri individu. Apabila bertindak secara beretika mengikut peraturan, dan membina keyakinan melalui kebolehan percayaan dan autentisiti. Selain mengaku kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain, mengekalkan pandangan yang ada prisip walaupun tidak popular mampu mengurangi tekanan sosial di dalam situasi persaingan global.Dalam menangani masalah sosial khususnya globalisasi.
Melahirkan motivasi kecapaian agar individu sentiasa berusaha menambah baikan atau memenuhi piawaian kecermelangan. Dengan berorientasikan hasil, motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian. Memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan dan belajar cara untuk menambahbaikan prestasi. Sebagai contoh, sebagai seorang guru pelatih, kerja kursus yang diberikan haruslah disiapkan sebelum tarikh penghantaran. Ini mengurangkan masalah dalam pengorganisasian masa. Oleh yang demikian, motivasi yang datang memberikan emosi kita agar bertindak untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan. Selain itu, bersikap optimis juga mampu memupuk kecekalan untuk mecapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah dan bertindak untuk berjaya dan bukannya ketakutan untuk gagal dalam mengharungi tekanan globalisasi.
Melalui kesedaran sosial dengan memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Apabila rakan kita mempunyai masalah, kita haruslah bersedia untuk mendengar dan memahami perasaan dan kepertluan orang lain dan bersedia membantu. Oleh itu, sikap prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain amatlah penting agar hubungan sosial tidak terjejas. Mengenali rakan dan melayani kepelbagaian dalam membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia serta menghormati dan bergaul dengan baik dengan orang daripada pelbagai latar belakang mampu menjalinkan hubungan dengan orang lain selain meningkatkan kecerdasan emosi. Sebagai seorang Perdana Menteri, hubungan dengan rakyat amat penting agar hubungan di antara rakyat dan pemimpin bertambah erat selain dari memperkukuhkan keamanan dalam konsep Gagasan Satu Malaysia.
Hubungan sosial, kemahiran sosial amatlah penting kerana untuk mendapatkan keyakinan orang lain, persembahan yang menarik dan keyakinan yang diberikan mampu mengangkat seseorang itu agar lebih berpengaruh. Dengan berkonsepkan bertolak ansur, maka masalah dapat diselesaikan dan dihadapi sama ada dalam keadaan baik mahupun buruk. Sebagai contoh, di dalam kerja berkumpulan biasanya idea yang muncul itu adalah berbeza-beza. Oleh itu, sikap bertolak ansur dan memahami akan mengelakkan ketidaksefahaman antara satu dengan yang lain.
Oleh yang demikian, di dalam menghadapi dunia yang penuh dengan globalisasi ini, kecerdasan emosi memainkan peranan penting yang membantu kita mengahadapi situasi kehidupan sosial lebih-lebih lagi dalam dunia serba permodenan yang mencengkam diri. Dengan adanya kecerdasan emosi yang tinggi, maka kita mampu mengawal emosi diri, belajar menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi, menunjukkan sikap lebih berempati serta dapat menerima dan memahami klien dengan baik dan mengekpresiasikan kefahaman emosi kita kepada mereka. 
TERIMA KASIH kerana membacanya dan sila TINGGALKAN KOMEN ADA ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan