Isnin, 6 Disember 2010

CONTOH syarahan agama

Syarahan ini pernah pertandingkan membawa saya ke peringkat pertandingan negeri sabah. Ini adalah contoh syarahan yang pernah di berikan kepada saya. Sebarang kesilapan silalah beri komen anda.


TAJUK :REMAJA BERWAWASAN TERAS KEGEMILANGAN NEGARA
BENTUK : SYARAHAN
TARIKH : 30 September 2010
Assalammualaikumwarrahmatullahi taala wabarokatuh,
Alhamdulilahirobbilalamin, assolahtuwassalam wa ala asrofil anbia hi wal mursalim wa ala alihi wasobbihi ajmain.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, En. Iswang Piut, yang di hormati saudara Naim bin Azhar selaku ketua unit PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2009 dan rakan- rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.
Bedirinya pokok kerana akarnya, berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya saya disini kerana saudara sekalian yang duduk sedia menantikan syarahan saya yang bertajuk REMAJA BERWAWASAN TERAS KEGEMILANGAN NEGARA.
Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut dan terperinci lagi, izinkan saya untuk mendefinisikan frasa demi frasa tajuk syarahan saya:
REMAJA didefinisikan sebagai golongan yang mulai dewasa,  manakala BERWAWASAN pula membawa maksud berpandangan jauh,  seterusnya TERAS pula membawa maksud asas, seterusnya KEGEMILANGAN membawa maksud kecemerlangan , manakala NEGARA pula ditakrifkan sebagai kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu.
Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, remaja berpandangan jauh menjadi asas kepada pembentukan kecermelangan  sesebuah Negara.
Hadirin yang dimuliakan,
Meniti hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci : jati diri yang kental membentuk remaja berpandangan jauh
Sesebuah Negara yang gemilang mestilah didukungi oleh golongan yang berjiwa kental dan berpandangan jauh. Ini kerana tuntutan semasa mendesak remaja untuk sama-sama bekerja keras dan bertindak dalam dimensi yang lebih luas. Hasilnya nanti akan lahirlah kelompok remaja yang bukan sekadar mampu mengangguk atau menggelengkan kepalanya sahaja bahkan turut sama-sama menyumbangkan ke arah pembentukan Negara yang gemilang.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Hadirin pasca kemerdekaan,
Meniti hujah saya yang kedua bernaung di bawah kunci : Remaja Berwawasan Berjiwa Merdeka.
Remaja berjiwa merdeka mampu mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada perubahan dan kemajuan semasa dan tidak jumud dalam menghasilkan pemikiran baru. Justeru, lahirlah buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-isra’, ayat 70:
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut ; dan kami telah memberikan rezeki kepada meraka dari benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
Ini jelas dalam pelaksanaan Islam Hadhari yang mula diperkenalkan oleh YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004.
Hadirin minda kelas pertama,
Meniti hujah saya yang ketiga bernaung di bawah kata kunci : remaja progresif dan holistik pelopor tamadun.
Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan remaja yang progresif dan holistik sebagai pelopor kepada tamadun baru. Oleh itu, mereka bukan sahaja dapat bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain malah mempunyai usaha, komitmen dan pengorbanan untuk terus maju, dinamik dan progresif ke arah mencapai umat terbilang dengan mencipta pelbagai kecermelangan dan kegemilangan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“sesungguhnya Allah SWT sangat sayang kepada orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh”
( Riwayat Al-Baihaqi)
Hadirin yang dirahmati Allah,
Meniti hujah saya yang keempat bernaung di bawah kata kunci : remaja berwawasan aspirasi perpaduan.
Dalam Negara yang komposisinya berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah agenda yang tidak boleh dikesampingkan kerana disitulah letaknya tunjang kegemilangan sesebuah negara. Remaja yang berwawasan adalah penerus kepada tradisi keamanan dan keharmonian yang sedia ada. Melalui program PLKN, remaja dipupuk dengan nilai-nilai kebersamaan, setiakawan dan cintakan perpaduan.Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 103 :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
Hadiri penerus satu Malaysia,
Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, pembentukkan remaja yang berwawasan secara langsung akan membentuk negara yang maju dan akan mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan perpaduan.
Sekian sahaja syarahan saya kali ini, wabillah hi tawfiq wal hidayah, wasalamualaikum warrahmatullahi taala wabarokatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan