Sabtu, 5 Mac 2011

tokoh falsafah islam


IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH
RIWAYAT HIDUP
            Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun hijrah bersaman dengan tahun 1058 masihi di bandar Tus, Khurasan (Iran). Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Gazali At-Tusi. Beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah. Selain itu, beliau juga digelar “Abu Hamad” kerana salah seorang anaknya bernama Hamad. Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah islam yang terkemuka  yang banyak memberi sumbangan ke arah perkembangan tamadun manusia. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di Madrasah Nizamiah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-ghazali meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilahkir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
SIFAT PERIBADI
            Menurut buku “Ulang Kaji Total : PENDIDIKAN ISLAM (versi rumi) Tingkatan 4 & 5” menyatakan Imam Al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujah sehingga digelar “Hujjatul Islam”. Beliau berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan sangat mencintakan ilmu. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi mencari ilmu pengetahuan. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil karyanya yang bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci keada sifat riak, megah, sombong, takbur dan sifat mazmumah yang lain. Beliau juga seorang yang kuat beribadat, warak, zuhud, tidak gemar kepada kemewahan dan mencari sesuatu untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. . Beliau juga mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya fikah, usul fiqh, dan siasah syar’iyah. Oleh hal yang demikian, beliay digelar “fakih”.
            Apa yang boleh saya ulaskan disini, sifat semula jadi dan penerapan ketaatan kepada Allah yang terdapat di dalam diri Imam Al-Ghazali inilah yang membentuk sifat mahmudah yang dicintai Allah.
PENDIDIKAN
            Pada peringkat awalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, ilmu mantik, usul fiqh dan falsafah sertra menyelidik segala pendapat empat mazhab sehingga mahir dalam bidang yang dibicarakan oleh pendapat daripada mazhab-mazhab tersebut. Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang bernama Ahmad Ar-Razkani dalam bidang ilmu fikah dan beliau juga berguru dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jarjan dan Imam Harmain di Naisabur. Oleh sebab Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dialntik menjadi guru di Madrasah Nizamiah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor di sana.
            Beliau mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama di sana bagi mendalami ilmu pengetahuan. Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran umat Islam dalam semua masalah. Dikatakan bahawa beliau mampu menghafaz Al-Quran dalam usia yang muda dan mampu menguasai hadis, mantik, usuluddin, tasawud dan falsafah.
SUMBANGAN
            Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa untuk mendapat keahadiaan hidup di dunia dan di ahkhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T. beliau merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat agung kepada Nizam Al-Mulk, Perdana Menteri Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Beliau juga mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah di Baghdad dengan menolak fahaman ahli falsafah. Segala hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi, Syeikh Al-Asyraf dan Ibnu Rudsyd.
            Kebanyakan hasil karya beliau berbentuk falsafah dan seterusnya ahli falsafah Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah dan beliau digelar filsuf (pelopor kepada golongan sufi). Hasilnya karya beliau merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk fizik, metafizik dan sebagainya. Beliau adalah antara ulama yang berjuang  untuk membina tamadun Islam yang dinamik kerana hasil pemikirannya melalui penulisan telah banyak mempengaruhi umat Islam sehingga kini. kitab-kitab hasil karya beliau banyak diterjemahkan ke dalam bahasa asing oleh pengkaji barat. Di antara hasil beliau ialah Mizanul-Amal, Al-Munkaz Minal Dhalal, Minhajul-Abidin, Tahafutul-Falsafah, Hidayatus-Salikin, Jawahir Al-Quran, Maqasidul-Falsafah, Al-Mustazhar dan Al-Wajiz.
            Oleh yang demikian, Imam Al-Ghazali seorang yang dikagumi oleh negara barat di mana beliau menolak pandangan ahli falsafah pada ketika itu dan konsep falsafah beliau lebih berteraskan kepada ketaatan kepada Allah.
IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA
RIWAYAT HIDUP
            Nama sebenar beliau ialah Alhusain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 375 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkisan. Bapanya ialah penguasa Kharmarthain, Bukhara. Seleas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 1000 Masihi Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Raid dan Hamazan.

SIFAT PERIBADI
            Ibnu Sina merupakan seseorang yang tekun dalam mempelajari ilmu, beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina seorang yang taat beragama dan serign berdoa kepada Allah S.W.T. terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk kepada Allah. Seorang yang pintar kerana menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia lapan belas tahun. Selain itu beliau seorang yang berinovatif kerana banyak melakukan penyelidikan dan ennghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang perubatan.
PENDIDIKAN
            Ibnu Sina mula mempelajari Al-quran semenjak berusia lima tahun dan mula menghafaz ketika berumur sepuluh tahun. Beliau juga mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al-Zahid, ilmu hisab dan prinsip gwometri daripada Muhammad Al-Massah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al-Natali serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada al-Biruni. Semasa berusia enam belas tahun, beliau telah mengusai ilmu perubatan. Berkat kesungguhannya yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
            Penemuan demi penemuan yang dibuat diklasifikasikan kepada penemuan penyakit baru serta puncanya, penemuan dalam bidang farmasi dan membangunkan teknologi perubatan.
            Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh Bin Mansur, pengusasa Jurjan Al-Amir Syams Ma’ali Qabus bin Wasyamkir, penguasa Hamazan Al-Amir Syamsir Al-Daulah dan enguasa Asfahan Al-Amir Ala Al-Daulah. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalm bidang perubatan contohnya Al-Qanun Fit Tib (atau dikenali di Barat Canon Of Medicine), Al-Adawiah Al-Qalbiah dan Al-Alfiah At-Tabbiah.

SUMBANGAN DALAM ILMU DAN PEMIKIRAN
Ibnu sina menghasilkan 166 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah ,mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. Buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriential Studies di Kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebgai Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasanya dihargai hingga ke hari ini. sebuah Universiti pendidikan di Hungry telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).
KESAN
            Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. beliau melakukan metode pemerhatian dan analisis, berdasarkan metode ini , ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak dipengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah perubatan baru menggunakan peralatan canggih, contohnya organ dalam manusia boleh dilihat hanya dengan menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu, sesuatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.
IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG
RIWAYAT HIDUP
            Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Beliau lebih dikenal sebagai Ibnu Khaldun dan dilahirkan di Runisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi. Keluarganya berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Bapa beliau seorang sarjana terkenal. Sejak  tahun 749 Hijrah Tunisia dilanda wabak taun, Ibnu Khaldun sekeluarga berpindah  ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Harnada, Bougie dan Mesir. Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir ada tahun 808 Hijrah bersamaan dengan tahun 1460 Masihi ketika berusia 87 tahun.
SIFAT KEPERIBADIAN
            Ibnu Khaldun  seorang yang tekun dalam menuntut ilmu, walaupun sibuk dengan tugas pentadbiran.  Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti Ketua Hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya megemukakan idea untuk kemajuan negara. Seorang yang kreatif. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-sarjana Timur dan Barat hingga ke hari ini.
PENDIDIKAN
            Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau). Muhammad bin Muhaimin Al-Hadrani, Muhammad bin Saad bin Barral Al-Ansari, Muhammad bin Al-Syawasyi Al-Zarzali dan ramai lagi. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu fardu kifayah dan semasa di Fez beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang gurur yagn terkenal seperti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang Kitab Tarikh Gharnatah (Sejarawan Granada dan Muhammad bin Abdul Salam.
IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG
            Ibnu Khaldun sebagai Sejarawan. Beliau menganalisis sesuatau tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan dan kejatuhan. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Ideanya begitu menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktirafkan beliau sebagi tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi.
            Ibnu Khaldun sebagai Negarawan. Beliau seorang yang banyak berjasa dan pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, Anggota Majlis Ilmiah, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, di Maghribi, Duta Granada, Perdana Menteri (Hajib) Bougie, Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir.
            Ibnu Khaldun sebagai Budayawan. Beliau merupakan seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraan dengan syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau dalam bidang ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair Arab.
SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
            Ibnu Khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun manusia. Beliau berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dna pendidikan dalam karyanya. Beliau telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi di antara keunggulan rohani dan jasmani. Beliau juga merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
            Kejayaan Ibnu Khaldun mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang tersebut. Sanjugan terhadap beliau hingga ke hari ini kerana pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel-bengkel dan persidangan ilmiah, serta judul buku dan tesis di peringkat tertinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Beliau diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.


KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
            Penglibatan Ibnu Khaldun selama 20 tahun dalam bidang pentadbiran mematangkan pemikiran dan pengalaman beliau. Hasil kombinasi pengalaman dan ilmu pengetahuan dan kreativiti, beliau menghasilkan karya yang bermutu seperti kitab Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun. Selain itu, Al-Takrif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhi Gharban Wa Syarqan.
Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berpengaruh kepada pemikiran manusia. Beliau juga berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatic kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Beliau juga  menggariskan 4 perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelititan dan analisis laporan sejarah iaitu membandingkan antara peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab, mengkaji perisiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku, mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku dan mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
 segala kekurangan dalam ini sila tegur :) 

Isnin, 6 Disember 2010

CONTOH syarahan agama

Syarahan ini pernah pertandingkan membawa saya ke peringkat pertandingan negeri sabah. Ini adalah contoh syarahan yang pernah di berikan kepada saya. Sebarang kesilapan silalah beri komen anda.


TAJUK :REMAJA BERWAWASAN TERAS KEGEMILANGAN NEGARA
BENTUK : SYARAHAN
TARIKH : 30 September 2010
Assalammualaikumwarrahmatullahi taala wabarokatuh,
Alhamdulilahirobbilalamin, assolahtuwassalam wa ala asrofil anbia hi wal mursalim wa ala alihi wasobbihi ajmain.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, En. Iswang Piut, yang di hormati saudara Naim bin Azhar selaku ketua unit PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2009 dan rakan- rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian.
Bedirinya pokok kerana akarnya, berdirinya rumah kerana tiangnya, berdirinya saya disini kerana saudara sekalian yang duduk sedia menantikan syarahan saya yang bertajuk REMAJA BERWAWASAN TERAS KEGEMILANGAN NEGARA.
Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut dan terperinci lagi, izinkan saya untuk mendefinisikan frasa demi frasa tajuk syarahan saya:
REMAJA didefinisikan sebagai golongan yang mulai dewasa,  manakala BERWAWASAN pula membawa maksud berpandangan jauh,  seterusnya TERAS pula membawa maksud asas, seterusnya KEGEMILANGAN membawa maksud kecemerlangan , manakala NEGARA pula ditakrifkan sebagai kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu.
Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, remaja berpandangan jauh menjadi asas kepada pembentukan kecermelangan  sesebuah Negara.
Hadirin yang dimuliakan,
Meniti hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci : jati diri yang kental membentuk remaja berpandangan jauh
Sesebuah Negara yang gemilang mestilah didukungi oleh golongan yang berjiwa kental dan berpandangan jauh. Ini kerana tuntutan semasa mendesak remaja untuk sama-sama bekerja keras dan bertindak dalam dimensi yang lebih luas. Hasilnya nanti akan lahirlah kelompok remaja yang bukan sekadar mampu mengangguk atau menggelengkan kepalanya sahaja bahkan turut sama-sama menyumbangkan ke arah pembentukan Negara yang gemilang.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11 :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Hadirin pasca kemerdekaan,
Meniti hujah saya yang kedua bernaung di bawah kunci : Remaja Berwawasan Berjiwa Merdeka.
Remaja berjiwa merdeka mampu mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada perubahan dan kemajuan semasa dan tidak jumud dalam menghasilkan pemikiran baru. Justeru, lahirlah buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-isra’, ayat 70:
Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut ; dan kami telah memberikan rezeki kepada meraka dari benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
Ini jelas dalam pelaksanaan Islam Hadhari yang mula diperkenalkan oleh YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004.
Hadirin minda kelas pertama,
Meniti hujah saya yang ketiga bernaung di bawah kata kunci : remaja progresif dan holistik pelopor tamadun.
Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan remaja yang progresif dan holistik sebagai pelopor kepada tamadun baru. Oleh itu, mereka bukan sahaja dapat bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain malah mempunyai usaha, komitmen dan pengorbanan untuk terus maju, dinamik dan progresif ke arah mencapai umat terbilang dengan mencipta pelbagai kecermelangan dan kegemilangan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“sesungguhnya Allah SWT sangat sayang kepada orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh”
( Riwayat Al-Baihaqi)
Hadirin yang dirahmati Allah,
Meniti hujah saya yang keempat bernaung di bawah kata kunci : remaja berwawasan aspirasi perpaduan.
Dalam Negara yang komposisinya berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah agenda yang tidak boleh dikesampingkan kerana disitulah letaknya tunjang kegemilangan sesebuah negara. Remaja yang berwawasan adalah penerus kepada tradisi keamanan dan keharmonian yang sedia ada. Melalui program PLKN, remaja dipupuk dengan nilai-nilai kebersamaan, setiakawan dan cintakan perpaduan.Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 103 :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
Hadiri penerus satu Malaysia,
Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, pembentukkan remaja yang berwawasan secara langsung akan membentuk negara yang maju dan akan mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan perpaduan.
Sekian sahaja syarahan saya kali ini, wabillah hi tawfiq wal hidayah, wasalamualaikum warrahmatullahi taala wabarokatuh.

Rabu, 1 Disember 2010

NOTA RINGKAS PENDIDIKAN JASMANI 2 SEMESTER 3


KONSUMERISME SUKAN?
-Ialah satu konsep pelindungan hak dan kepentingan pengguna yang berkaitan
-definisi sukan = segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran serta tenaga (acara sukan yang dilakukan secara hiburan atau pertandingan.
DEFINISI KONSUMERISME SUKAn
-segala kegiatan yang melibatkan orang ramai sebagai pengguna dalam sukan seperti hak sebagai pengguna kemudahan yang disediakan dan hak keselamatan.
PENDIDIKAN KOSUMERISME DALAM SUKAN
-pendedahan tentang hak pengguna
-melalui media pengiklanan= cetakan dan elektronik
-ceramah atau kursus= hak pengguna kemudahan, pemakanan kesihatan dan pembelian alatan
AKTA KERAJAAN
-akta kawalan harga 1946
=sekiranya barangan mahal dari sepatutnya pengguna berhak menuntut harga yang ditetapkan
-akta perihal dagangan 1972
=iklan yang palsu
LANGKAH KESELAMATAN
-teliti label
-lapor kepada tribunal pengguna atau persatuan pengguna
-peka dengan perkembangan semasa
- ketahui hak kita sebagai pengguna
-simpak dokumen atau bukti pembelian
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
1)      Kesedaran untuk mengkritik
2)      Penglibatan dan tindakan
3)      Tanggungjawab sosial
4)      Tanggungjawab terhadap alam semula jadi
5)      Bersatu padu.
HAK PENGGUNA
1)      Mendapan perlindugnan keselamatan membuat pilihan
2)      Dijamin oleh kerajaan
3)      Mendapatkan ganti rugi
4)      Mendapakan pendidikan pengguna
5)      Menikmati alam sekitar dan selamat
6)      Bersatu padu dan bekerja sama
7)      Tanggungjawab sosial dan menjaga alam sekitar dan alam semula jadi.
TUJUAN DAN KEPENTINGAN MENJAGA HAK SEBAGaI PENGGUNA
1)      Menjadi pengguna yang tifak tertipu
2)      Trdak berlaku penyelewengan oleh pengeluar
3)      Menjadi induvidu bermaklumat
4)      Masyarakat yang bersatu padu
HAK DALAM SUKAN
1)      Hak sebagai pengguna
a.       Mendapatkan keperluan asas
b.      Hak mendapatkan keselamatan
c.       Hak mendapatkan maklumat
d.      Hak membuat pilihan
e.      Hak bersuara
f.        Hak mendaparkan ganti rugi
g.       Hak mendapat pendidikan kepenggunaan
h.      Mendapakan ganti rugi
TUJUAN DAN KEENTINGAN MENJAGA HAK
1)       SAMA JUGA DENGAN FAKTA SEBELUMNYA
TANGGUNGJAWAB PENGELUAR
1)      Harga berpatutan
2)      Kuantiti tepat
3)      Produk berkualiti
4)      Selamat digunakan
5)      Maklumat tepat
6)      Mesra alam
ISU KONSUMERISME SUKAN
1)      DEFINISI
a.       Ialah satu konsep yang berkaitan pelindungan hak dan kepentingan pengguna.
2)      PIHAK TERLIBAT SEBAGAI ISUUUU
a.       KEMENTERIAN SUKAN = YB DATO AHMAD SHABERY CHEEK (KBS @KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN)
                                                               i.      Penganjur piala juara juara belia (CYC) ingin menyaman KBS kerana melanggar perjanjian.
b.      Persatuan
                                                               i.      KBS, MOM DAN MSN menggunakan atlet dari persatuan lain untuk mewakili sukan antarabangsa kerana =lembu punya susu sapi dapat nama
c.       Penganjur pertandingan
                                                               i.      Penyusunan jadual yang adil
                                                             ii.      kemenangan palsu kepada pasukan pilihan sendiri
d.      Pengurus
                                                               i.      Yang menrima rahsua dengan mengagalkan atlet
                                                             ii.      Ganguan seksual
e.      Atlet
                                                               i.      Pengambilan dadah = steroid sepert marion jones ratu pecut amerika.
f.        Penonton
                                                               i.      Tidak kepuasan hati dengan persembahan permainan atlet
                                                             ii.      Stadium yang merbahaya
                                                            iii.      Tiket mahal ( isu yang juga brkaitan dengan penganjur pertandingan)
g.       Pelajar sekolah
                                                               i.      Pelapis kepada sukan
                                                             ii.      Pelajar didedahkan dengan keselamatan semasa bersukan = di sk seri wang di sungai petani seorang budak sekolah mati dihempaptiang bola baling bersama 5 rakannya.
h.      Ibu bapa
                                                               i.      Prespektif ibubapa tentang sukan tidak menjamin kejayaan masa depan.

PERANAN MEDIA DAN IKLAN
1)      DEFINISI MEDIA
a.       Media merupakan bahan atau medan penyalur insformasi belajar atau penyalur pesan
2)      Definisi iklan
a.       Memperkenalakan barangan , perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.
3)      Jenis-jenis media
a.       Akhbar
                                                               i.      Wujud sekian lama
                                                             ii.      Wadah yang paling cepat
                                                            iii.      Penyebaran maklumaat yang berkesan dalam pentadbiran Negara
                                                           iv.      Kerajaan dan rakyat berhubung melaluinya
                                                             v.      Corak pemerintahan kerajaan difahami rakyat
                                                           vi.      Sebagai contoh = kemenangan nicol david
b) Televisyen
i. bergambar dan berbunyi
ii. dapat menghiburkan penonton
iii. dapat menerima dengan cepat
iv.menyediakan tayangan lansung sukan
v. menjadikan masyarakat yang peka terhadap sekeliling
4) Peranan iklan
                i) masyarakat dapat memiih apa yang disukai
                ii) lebih bermotifkan keuntungan
                iii) suber pendapatan kepada agensi pengiklanan
                iv) membuka peluang pekerjaan
                v) membentuk masyarakat yang harmoni serta berpengetahuan
vi) contohnya MAKTAB ADABI GAYA POS .
5)PERANAN MEDIA IKLAN DALAM INFORMASI
                i) menumpukan kepada sukan tempatan = bola sepak
                ii) pengiklanan kepada sukan = pencarian soccer kids
                iii) memberi tanyangan siaran langsung dan boleh menayangkan siaran ulangan
7)      KESAN POSITIF MEDIA TERHADAP SUKAN
a.       Sukan akan digemari jika selalu masuk tv seperti bola sepak
b.      Sukan itu akan meningkat
c.       Masyarakat yang sentiasa alert dengan persekitaran
d.      Peminat sesetengah sukan itu semakin ramai = contohnya nicol david
e.      Mendapat = penaja/badan kerajaan
8)      Kesan negative media terhadap sukan
a.       Timbul perkara yang tidak adil( tak puas hati)
b.      Informasi berlebihan (mawiekin)
c.       Penyebab penyalahfaham
Definisi
Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Senaman kalistenik yang dilakukan semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan. Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari berasa pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti serta merta selepas senaman.
Senaman kalistenik merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan secara bukan lokomotor. Ia melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.
Antara aktiviti kalistenik ialah:
a. memalingkan kepala dari kanan ke kiri,
b. mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi,
c. memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki,
d. mengilas bahagian atas tubuh badan,
e. membongkok dan mengilas tubuh badan dan
f. melakukan berbagai-bagai jenis lompatan.
Kesemua aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti.
Senaman kalistenik merupakan satu aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik. Tapi senaman kalistenik bukan sukan jenis gimnastik. Senaman kalistenik adalah senaman daripada pergerakan asas yang dilakukan secara lokomotor atau bukan lokomotor. Senaman kalistenik juga dapat dilakukan secara manipulasi alatan iaitu penggunaan alatan.

Kebaikan Senaman Kalistenik

a. Meningkatkan stamina individu
b. Senaman kalistenik boleh dilakukan didalam atau diluar rumah( persekitaran haruslah berada dalam keadaan bersih, terang dan tidak mempunyai objek-objek yang berbahaya)
c. Dengan mengamalkan senaman kalistenik dalam rutin seharian dan mengamalkan diet seimbang, tahap kesihatan dan kecergasan dapat ditingkatkan
d. Latihan kalistenik dapat meningkatkan juga keyakinan diri
e. Individu dapat berasa tenang dan yakin serta membina fizikal yang kuat dan lebih tangkas
f. Membantu mental sentiasa berada stabil dan membantu untuk mengawal depresi
g. Membantu individu untuk tidur dengan lena.

PEMANASAN BADAN

Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk mencegah kecederaan dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot-otot yang bergerak. Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan, aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit.

Definisi
Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman kalistenik seperti regangan untuk menyediakan badan bagi menghadapi senaman aerobik atau senaman yang lebih berat. Pemanaskan badan adalah sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat. Regangkan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.

Tujuan

a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.
Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahan-lahan bersama-sama. Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang.

Cara untuk memanaskan badan
a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10 minit, contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang menggunakan tenaga tinggi.

Menyejukkan badan
Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.

b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

Kebaikan menyejukkan badan
SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda